PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2013

Program Yang Ditawarkan

 
9 Januari 2013 - ADTEC Kulim telah dikunjungi oleh pihak ibu pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk program menambahbaik status keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk pengguna jentera power press. Kunjungan yang terdiri daripada lima orang pegawai JKKP diketuai oleh Ir Haji Saiful bin Mohd Said, Pengarah Bahagian Major Hazard.

Menurut Ir Haji Saiful, program ini adalah susulan daripada kerjasama antara pihak JKKP dan Japan International Cooperation Agency (JICA) yang mana para pegawai JKKP telah di hantar ke Jepun untuk mempelajari tentang sistem pentadbiran keselamatan dan kesihatan yang diamalkan disana untuk mesin power press. Sehubungan dengan itu, JKKP mengambil inisiatif untuk berkunjung ke ADTEC Kulim bagi mengadakan perbincangan lanjut berkenaan tahap keselamatan dan tindakan pencegahan bahaya penggunaan mesin power press yang digunapakai oleh pihak ADTEC kepada pelajar, tenaga pengajar dan orang-orang yang berkaitan.

Hasil dari lawatan ini, JKKP akan menyediakan modul latihan kepada pegawai JKKP untuk mendedahkan pegawai kepada power press, memberi latihan dan menyediakan garis panduan keselamatan penggunaan power press bagi kegunaan industri. Secara keseluruhannya JKKP amat berpuas hati dengan cara penggunaan dan keselamatan yang diamalkan di ADTEC Kulim.