PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2013

Program Yang Ditawarkan

7 hingga 13 Januari 2013 - Bagi setiap pejar baru yang mendaftar, sudah pasti minggu orientasi menjadi igauan pada semua. Apakah akitiviti yang bakal ditempuhi? Adakah saya akan di ragging? Adakah waktu tidur saya akan terganggu?

Bagi pelajar baru di ADTEC Kulim, minggu orientasi dikenali sebagai Minggu Silaturrahim (MSR). MSR dikendalikan dengan pendekatan tersendiri. Tujuan MSR diadakan adalah untuk memastikan pelajar-pelajar baru didedahkan dengan beberapa perkara yang penting yang mana akan membantu ke arah mencapai visi dan misi ADTEC Kulim dalam melahirkan para graduan yang mahir dalam bidang masing-masing.

Lantaran menyedari tanggungjawab yang diamanahkan, maka pihak Pengurusan ADTEC Kulim merancang langkah awal untuk mempersiapkan pelajar-pelajar baru supaya bersedia secukupnya untuk melayari kehidupan menjadi warga ADTEC Kulim.

Program  MSR ini membariskan beberapa objektif utamanya iaitu;

  • Melatih pelajar baru dalam berkomunikasi yang berkesan dengan pengurusan organisasi melalui saluran yang betul.
  • Menjalinkan hubungan baik antara pelajar-pelajar  baru dan juga antara mereka dengan kakitangan ADTEC Kulim.
  • Membantu pelajar-pelajar baru dalam mengenalpasti kebolehan dan potensi diri serta menyelongkar kreativiti dan inovasi diri pelajar.
  • Membantu pelajar-pelajar dalam usaha mengadaptasi diri dengan kehidupan sebagai pelajar ADTEC Kulim dan menerapkan kemahiran penyelesaian masalah.
  • Melatih dan menggalakkan pelajar-pelajar ke arah sahsiah diri yang unggul, berketerampilan dan berdisiplin dalam pembelajaran di  ADTEC Kulim.
  • Memberi pendedahan awal terhadap sistem pembelajaran dan suasana pembelajaran di ADTEC Kulim yang mendorong ke arah persediaan rapi dari segi mental dan fizikal pelajar-pelajar baru.

MSR kali ini telah berlangsung selama seminggu dan majlis perasmian MSR telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah ADTEC Kulim, En. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali.Pelbagai aktiviti telah dirangka oleh ahli-ahli jawatankuasa MSR. Antaranya ialah sukan, ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK) dan kembara. Setiap pelajar baru telah dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan tertentu dan dikehendaki untuk melaksanakan beberapa tugasan ketika aktiviti-akitiviti dijalankan. Ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama di antara ahli kumpulan.

Majlis penutup MSR yang diadakan pada 13 Januari 2013 telah diserikan dengan tayangan video aktiviti MSR. Setelah berlabuhnya tirai MSR sesi 1/2013, diharapkan semua pihak mengambil manfaat darinya. Semoga apa yang dihasratkan oleh semua melalui MSR ini tercapai. Hasil dari maklumbalas dan komen yang diperolehi dari semua pelajar baru yang menyertai MSR untuk sesi 1/2013, hampir kesemuanya berpuas hati dan memberi respon yang sangat baik dan MSR kali ini boleh disifatkan sebagai berjaya dalam pengendaliannya. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama barisan fasilitator dan semua kakitangan yang telah menjayakannya. Tahniah ADTEC Kulim.