8 hingga 10 Januari 2013 - Satu bengkel kerja pembangunan dokumen kualiti mengikut konsep pembelajaran Outcome Based Education (OBE) telah diadakan di ADTEC Kulim. Bengkel ini diadakan sejajar dengan keperluan dokumentasi latihan yang diperlukan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi pengiktirafan program Diploma Teknologi yang dijalankan di ADTEC.
Bengkel kerja ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari ADTEC Kulim, ADTEC Taiping, ADTEC Melaka dan JMTI. Prosidur kualiti yang diberi penekanan ketika bengkel dijalankan ialah perancangan pengajaran, penyampaian pengajaran, penggubalan soalan, peperiksaan akhir, latihan industri dan projek tahun akhir. Para pegawai yang terlibat telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan sesi brainstorming telah diadakan. Di akhir bengkel, setiap kumpulan telah membuat pembentangan dan hasil dari bengkel kerja ini akan diusulkan dalam mesyuarat kajian semula pengurusan peringkat ibu pejabat.