PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2013

Program Yang Ditawarkan

 

2 Februari 2013 - ADTEC Kulim telah mengadakan program Jom Rehlah staf ADTEC Kulim bertempat di Sedim Vista, Sedim bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini melibatkan penglibatan seramai  80 orang staf dari semua bahagian. Program antara lain mempunyai objektif seperti berikut:

  1. Memantapkan sikap positif dan sahsiah diri di kalangan kakitangan ADTEC Kulim serta membina satu pasukan yang boleh bekerjasama dengan baik dan erat sepanjang masa dan penuh taat setia kepada organisasi.
  2. Bersama merancang pelan tindakan ADTEC Kulim bagi tahun 2013.
  3. Mengurangkan tekanan dan beban kerja kakitangan yang terlibat serta dapat menjalankan aktiviti yang mendorong ke arah keseronokan dan kegembiraan bersama.
  4. Meningkatkan motivasi kakitangan ADTEC Kulim untuk terus berkhidmat dengan cemerlang dan memajukan lagi organisasi serta mewujudkan budaya kerja dan etika kerja yang cemerlang dikalangan kakitangan yang mendorong kearah pencapaian yang positif.
  5. Melahirkan rasa KECINTAAN terhadap tugas sebagai staf ADTEC Kulim dalam diri setiap kakitangan yang mana akan sentiasa mendorong kepada kesanggupan kakitangan ADTEC Kulim untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang sepanjang masa.
 
Program bermula seawal 8.00 pagi. Ketibaan staf yang disambut dengan bunyi desiran air Sungai Sedim yang mengalir dengan ketenangan memandang kehijauan dan kedamaian hutan yang diliputi dengan pohon-pohon yang menghijau  telah menjanjikan satu suasana program yang amat istimewa. Selepas taklimat, program diteruskan lagi dengan aktiviti gerak cergas dan minum pagi. Program bersambung semula dengan aktiviti team building. Pada sebelah petangnya, setiap staf berkumpul di dalam kumpulan masing-masing untuk sesi brainstorming pelan tindakan 2013. Program berakhir dengan pembentangan pelan tindakan mengikut skop-skop kerja yang telah diagiihkan.


Kesimpulannya, program-program seumpama ini boleh diibaratkan sebagai alat untuk menyatukan dan mengukuhkan hubungan intrapersonal serta interpersonal staf seterusnya mewujudkan persekitaran kerja yang baik. Ini kerana setiap manusia mempunyai sifat positif dalam diri individu masing-masing sama ada disedari ataupun tidak. Ia bergantung pada sejauh mana sifat positif menguasai diri individu itu sendiri. Antara sifat positif adalah seperti bertolak ansur, berkeyakinan tinggi, rajin, mematuhi arahan, bertanggungjawab, saling bantu membantu, hormat-menghormati dan amanah. Diharapkan program ini dapat mencapai matlamat dan membantu kakitangan mengenalpasti sifat positif dan potensi diri masing-masing dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap organisasi ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama barisan urusetia yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Tahniah semua.