PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2013

Program Yang Ditawarkan

7 Januari 2013 - Pendaftaran pelajar baru ADTEC Kulim untuk mengikuti pengajian di peringkat diploma bagi sesi Januari 2013 telah berlangsung. Seawal 7 pagi pelajar yang ditemani ibu bapa, sudah memenuhi perkarangan ADTEC Kulim untuk mendaftar diri meskipun kaunter hanya dibuka pada 8.30 pagi. Mereka hadir dari segenap pelosok negara dari utara hingga ke Borneo, Sabah dan Sarawak.

 

Bagi urusan pendaftaran, terdapat 7 kaunter dibuka bagi memudahkan urusan pelajar seperti kaunter pendaftaran, kaunter semakan dokumen, kaunter bayaran yuran pendaftaran, kaunter gambar, kaunter penerimaan barang dan kaunter asrama. Bilik menunggu untuk ibu bapa dan waris disediakan di Dewan Kuliah Utama sambil dihidangkan dengan tayangan video korporat dan aktiviti pelajar serta minuman ringan. Taklimat ibu bapa diberikan oleh Pn. Roshaniza Md Hashim (Ketua Jabatan Telekomunikasi) pada jam 10.00 pagi di dewan tersebut. Kemudian ia disusuli dengan taklimat berkenaan kemudahan pinjaman yang diuruskan oleh ADTEC Kulim untuk pelajar membiayai yuran pengajian. Taklimat disampaikan oleh En. Kamarul Al-Hafiz Abd Razak (Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar). Majlis perwakilan pelajar juga turut membantu dalam melancarkan proses pendaftaran.  ADTEC Kulim mengucapkan selamat datang kepada pelajar yang baru mendaftar dan mendoakan kejayaan dan kesejahteraan  pelajar sepanjang tempoh pengajian di ADTEC Kulim.