PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2013

Program Yang Ditawarkan

 

16 Januari 2013 - Tidak lengkap proses pengambilan pelajar baru jika tidak dimasukkan slot untuk taklimat disiplin dalam program Minggu Silaturrahim. Walaupun telah dibekalkan dengan buku panduan tatatertib dan disiplin pelajar ILJTM versi 2011, penerangan mengenai disiplin perlu juga disampaikan bagi memastikan kefahaman mengenai kandungan buku tersebut wujud.

Pada semester ini, sesi penerangan disiplin telah diubah dari konsep taklimat kepada konsep forum. Forum bertajuk Kepatuhan Asas Keharmonian telah membariskan tiga orang panel iaitu dari pihak pengurusan tertinggi, En. Mohd Zakir bin Mahmud selaku pengerusi Jawatankuasa Disiplin Pelajar ADTEC Kulim, Penolong Pegawai Kesatria, En. Mohd Zul Izudin Samat dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, saudara Mohamad Syazwan Abdul Rahman. Moderator forum ialah Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, saudara Nor Ismul Azam. Pihak pengurusan sedia maklum bahawa pelajar sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Jadi forum ini menjadi satu platform kepada pihak pengurusan dan pelajar untuk berbicara dan mengutarakan pandangan dalam pengendalian tatatertib dan disiplin pelajar di ADTEC Kulim.

Isu disiplin pelajar tidak akan dapat ditangani dengan baik sekiranya tiada gandingan berterusan di antara pihak pengurusan, ibu bapa dan pelajar dalam mencari noktah penyelesaian. Semoga apa yang disampaikan dapat memberi gambaran yang jelas kepada pelajar berkenaan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang menuntut di ADTEC Kulim selari dengan tajuk forum yang diadakan kepatuhan asas keharmonian.