
3 Februari 2013 - Dalam memelihara dan mencipta suasana persekitaran hidup yang lebih baik, JKK Perlaksanaan 5S telah mengadakan Kempen Go-Green kepada warga ADTEC Kulim amnya. Bagi merealisasikan kempen tersebut, Majlis Pelancaran "Kempen Go Green - Ke Arah Bumi Hijau' telah diadakan bertempat di Dewan Seri Mahang, ADTEC Kulim.
Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah ADTEC Kulim, Eng. Kamaruzaman bin Hj Md Ali dengan acara memotong reben dan menandatangani polisi kempen Go-Green. Para hadirin juga telah ditayangkan video kempen Go Green yang banyak memberi maklumat dan tips amalan seharian yang dapat kita lakukan untuk menyokong kempen tersebut.
Tujuan kempen ini diadakan terutamanya adalah bagi mendidik dan menyemaikan amalan penjimatan utiliti dan sumber yang ada untuk menyelamatkan alam sekitar. Kempen ini juga lebih terkenal dengan konsep 3R iaitu:
Recyle – Kitar semula seperti suratkhabar boleh dijual, kertas, tin aluminium, botol
Reuse – Instead of pakai plastik bag semasa pergi shopping di supermarket, apakata kita bawa sendiri, bag shopping kita, bawa bekal, tak gunakan polisterine.
Reduce – Kurangkan penggunaan atau tabiat membuang atau membuat sampah
Polisi Go-Green ADTEC Kulim bertujuan memupuk warga ADTEC Kulim mengurangkan penggunaan sumber tenaga elektrik dan air serta bahan-bahan yang boleh mencemarkan alam sekitar, selari dengan amalan Persekitaran Berkualiti
Perubahan harus dilakukan. Sekecil-kecil perubahan adalah dari diri sendiri. Kami warga ADTEC Kulim dengan ini berikrar untuk menjaga alam sekitar untuk memastikan generasi masa depan dapat menikmati alam ini.