2 Februari 2013 - Pusat Latihan Teknologi Tinggi Kulim(ADTEC) Kulim telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Mahang bersempena dengan ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang bertemakan "Wasyatiyyah Tonggak Penyatuan Ummah". Sambutan ini melibatan penyertaan semua pelajar dan kakitangan ADTEC Kulim bersama dengan Komuniti sekitar Mahang. Sambutan kali ini diadakan dengan konsep bersederhana dan disambut bersama dengan komuniti yang turut sama menyumbang tenaga dan membantu dalam memastikan kelancaran sambutan.
Antara objektif sambutan ini adalah seperti berikut :
1) Sempena memperingati junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.
2) Memupuk diri untuk mengikut jejak keperibadian terpuji nabi Muhammad S.A.W.
3) Menghayati ketokohan nabi Muhammad S.A.W sebagai pemimpin terulung yang patut dicontohi.
4) Mengeratkan silaturahim dengan komuniti sekitar Mahang.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa sambutan ini adalah rewang masak memasak yg bermula sehari sebelum yang melibatkan warga ADTEC Kulim dan komuniti. Gotong royong diadakan bersama komuniti setempat dalam menyediakan hidangan untuk tetamu yang hadir pada majlis tersebut.
Pada pagi sambutan dimulakan dengan perarakan maulidur Rasul dari pekan Mahang ke kampus ADTEC Kulim, perarakan ini disertai oleh warga ADTEC Kulim bersama komuniti sekitar Mahang termasuk pelajar sekolah-sekolah yang berhampiran. bagi memberkati majlis agenda diteruskan dengan berkumpul di Pusat Islam ADTEC Kulim untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dan diikuti dengan persembahan Qasidah oleh pelajar-pelajar Tahfiz Kg. Sungai Batu. Sesudah selesai persembahan Qasidah, hadirin menjamu selera dengan juadah yang disediakan bersama oleh Komuniti dan kakitangan ADTEC Kulim. ADTEC Kulim mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan ini.
https://adteckulim.gov.my/2017/index.php/ms/arkib-berita-2013/18-feb-2013/80-sambutan-maulidur-rasul-1434h-adtec-kulim#sigFreeId522571164b