PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM

Arkib Berita 2013

Program Yang Ditawarkan

 

18 Februari 2013 - ADTEC Kulim telah menganjurkan seminar kepada semua kaunselor sekolah menengah PPD Yan dan Kuala Muda yang diadakan di Pantai Merdeka Beach Resort, Kota Kuala Muda. Seminar ini dihadiri oleh seramai 45 orang peserta terdiri dari kaunselor yang mewakili 41 buah sekolah dan turut hadir wakil dari pejabat PPD Yan dan Kuala Muda.

Seminar ini diadakan bertujuan untuk:

1)      Memberi penjelasan yang tepat tentang sistem pembelajaran ADTEC Kulim dan ILJTM

2)      Memberi kesedaran berkenaan fungsi dan peranan ADTEC Kulim dan ILJTM.

3)      Menyalurkan maklumat berkenaan ADTEC Kulim dan ILJTM dengan lebih tepat dan jelas.

4)      Menjelaskan berkenaan peluang kerjaya graduan ADTEC Kulim dan ILJTM.

5)      Menjalinkan hubungan baik antara ADTEC Kulim dan sekolah menengah sebagai langkah mempromosikan ADTEC Kulim lebih dekat dengan pelajar sekolah

Seminar sehari ini diadakan bermula dengan ucapan Tuan Pengarah ADTEC Kulim diikuti dengan taklimat oleh Puan Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan yang menyentuh berkenaan peranan ILJTM dan cabaran masa depan. Seminar kemudiannya diadakan dalam bentuk forum dua hala yang mana forum lebih kea rah memberi ruang dan peluang kepada peserta untuk bertanyakan apa sahaja soalan berkenaan ADTEC Kulim. Untuk sesi forum ini, dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Sumber sebagai moderator forum manakala ahli panel pula terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan ADTEC Kulim. Ntaya sekali selepas berlangsungnya seminar ini, ADTEC Kulim mendapat feedback yang positif dari peserta yang kebanyakannya berminat untuk terus mengadakan hubungan kerja yang lain dengan ADTEC Kulim. Semoga dengan adanya seminar ini, ADTEC Kulim akan terus dikenali dan dekat dengan masyarakat setempat serta menjadi antara Institut pilihan dan bukan lagi pilihan terakhir. Moga dengan seminar ini juga dapat merubah minda segelintir pihak berkenaan peranan dan fungsi ADTEC Kulim dan mengetahui bahawa ADTEC Kulim berupaya melahirkan modal insane atau graduan yang berkemahiran tinggi dan tenaga mahir yang boleh membantu kepada pembangunan negara. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama pengurusan ADTEC Kulim dan urusetia seminar. Tahniah kepada semua.