25 - 26 Februari 2013 - Hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Dalam usaha memastikan kualiti latihan berada di tahap yang mapan selaras dengan Dasar Kualiti Jabatan Tenaga Manusia iaitu 'JTM adalah komited kepada pemberian perkhidmatan latihan kemahiran teknikal yang berkualiti melalui proses penambahbaikan berterusan untuk memastikan keberkesanan sistem pengurusan kualiti bagi memenuhi keperluan para pelanggan', satu sesi Bengkel Penambahbaikan Kualiti Berterusan atau lebih dikenali sebagai CQI telah diadakan bertempat di Bilik Seminar, ADTEC Kulim. Sesi dimulakan dengan taklimat berkenaan CQI yang disampaikan oleh En. Mohmad Hisam b. Mohd Adam dan Pn. Norliza bt. Yaakub. Bengkel dijalankan sebanyak 2 siri yang dihadiri oleh para pensyarah ADTEC Kulim.
Proses penambaikan kualiti berterusan mengaplikasikan model yang paling meluas digunakan iaitu model 4 langkah kualiti, kitaran Plan-Do-Check-Act (PDCA). Lebih spesifik di dalam proses CQI adalah Planning-Implementation-Monitoring-Assessment.
Menggunakan konsep OBE iaitu Close the Loop, tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menilai sejauh mana pencapaian Course Learning Outcome (CLO) dan Programme Learning Outcome (PLO) bagi sesi 2-2012. Pencapaian CLO akan diukur sejurus tamat semester berkenaan manakala PLO diukur sejurus graduan tamat belajar di ADTEC Kulim.