25 February 2013 – Satu pertandingan Creativity and Innovative Technology Competition (CITEC) dan Pertandingan Laman Web Terbaik JTM 2013 telah berlangsung di ILP Ledang pada 24-25 Februari lalu. Tujuan utama Creativity And Innovative Technology Competition (CITEC) Tahun 2013 diadakan untuk memupuk daya kreatif, ciptaan dan inovasi di kalangan pensyarah dan pelajar ILJTM, bagi mencapai tahap rekacipta terkini dari segi ‘design’ dan ‘functionality’. Ia juga sebagai platform kepada pelajar Institusi Kemahiran Awam (ILKA) atau Swasta (ILKS) dan pelajar sekolah Teknikal dan Vokasional bagi penyumbang idea dan inovasi atau pengetahuan dalam bidang teknologi untuk menunjukkan kemampuan mereka mencipta atau menemui sesuatu yang baru.
Manakal bagi pertandingan Laman Web Terbaik JTM pula adalah bertujuan untuk mewujudkan persaingan sihat di kalangan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dalam penghasilan laman web sesuai dengan tema pertandingan iaitu “Bermaklumat dan Berinovasi Menjana Kecemerlangan Prestasi”. Tahun 2013 adalah kali kesembilan JTM mengadakan Pertandingan Laman Web JTM. Ini adalah usaha yang berterusan yang perlu dijalankan bagi meningkatkan semua organisasi di bawah JTM dapat menyediakan laman web yang berkualiti dan bermaklumat.
Pertandingan Creativity and Innovative Technology Competition (CITEC) dan Pertandingan Laman Web Terbaik JTM 2013 telah diadakan serentak pada 24-25 Februari 2013 bertempat di ILP Ledang dengan kerjasama pihak Jabatan Tenaga Manuasia (JTM). ADTEC Kulim tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan tersebut dan telah menghantar wakil kumpulan pelajar dan pensyarah untuk mempertandingkan projek-projek terbaik dalam pertandingan CITEC. Tidak cukup dengan itu ADTEC Kulim juga telah menghantar wakil untuk perbentangan laman web ADTEC Kulim ekoran terpilih sebagai 10 laman web terbaik JTM dalam saringan yang dibuat sebelum ini.
Untuk pertandingan kreativiti dan inovasi, ADTEC Kulim telah menghantar lima projek inovasi dan kejayaan empat daripada lima projek yang dihantar untuk pertandingan menunjukkan bahawa ADTEC Kulim sangat komited dengan usaha inovasi dan kreativiti yang menjana idea, ciptaan dan produk baru dalam sains dan teknologi.
Bagi pertandingan laman web pula, setelah diumumkan sebagai 10 laman web terbaik ILJTM dalam saringan yang dibuat sebelum ini, jawatan kuasa kerja laman web terus mengatur stategi untuk memastikan semua kriteria yang diperlukan dapat dipenuhi dan seterusnya dapat membuktikan bahawa laman web ADTEC Kulim mampu menjadi pusat maklumat tanpa sempadan untuk semua kategori pengguna laman web. Laman web ADTEC Kulim adalah laman web terbaik, berinformatif, kemaskini dan menarik di samping meningkatkan kualiti penyebaran maklumat secara talian kepada orang ramai dan masyarakat perniagaan khususnya. Pertandingan ini telah dihakimi oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Bahagian Pengurusan Maklumat (KSM) dan MIMOS. Dalam pertandingan itu, ADTEC Kulim mendapat tempat pertama diikuti ILP Miri di tempat kedua dan ADTEC Kemaman tempat ketiga. Kejayaan ini menunjukkan usaha kakitangan dari semua jabatan dalam memastikan segala maklumat dikemas kini dan cabaran berikutnya adalah untuk memastikan Laman Web ADTEC Kulim berada di tangga teratas dan terbaik.
Secara keseluruhannya, Pertandingan Kumpulan pelajar dan pensyarah ADTEC Kulim berjaya membawa pulang dua pingat emas dan dua pingat perak dalam Pertandingan Creativity and Innovative Technology Competition (CITEC) 2013. Kejayaan ini bertambah manis apabila laman web ADTEC Kulim juga diumumkan sebagai johan pertandingan Laman Web Terbaik ILJTM 2013 buat kali kedua berturut-turut.
Pertandingan selama dua hari yang diadakan di ILP Ledang itu disertai oleh semua ILJTM seluruh Malaysia dan institut latihan kemahiran awam yang lain. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
Keputusan penuh pertandingan CITEC 2013 adalah seperti di bawah: