PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM

Arkib Berita 2013

Program Yang Ditawarkan

4 Mac 2013 - Lawatan Kerja oleh Ketua Pengarah JTM, Yang Berbahagia Dato' Hj Romli bin Hj Hassan dan KPP (PL), Pn. Suzana ke ADTEC Kulim telah berjaya disempurnakan bersama semua warga ADTEC Kulim termasuk Pengurusan Tertinggi, semua kakitangan, pelajar dan kontraktor. YB Dato' KP selamat tiba ke ADTEC Kulim pada jam 9.00 pagi dengan disambut oleh semua kakitangan dan diiringi oleh Pengurusan Tertinggi ke Bilik Tamu bagi sesi penerangan serba ringkas. ADTEC Kulim merupakan ILJTM pertama yang dilawati oleh YB Dato' KP pada Tahun 2013. Lawatan YB Dato' KP ke ADTEC Kulim merupakan kali kedua selepas lawatan pertama di era pentadbiran Mantan Pengarah Tn. Hj.Ghazlan b. Ghazali bagi pelancaran Program Alumni.
Program Lawatan Turun Padang YB Dato' KP terbahagi kepada 3 sesi iaitu Sesi 1 merupakan Sesi Perjumpaan YB Dato' KP bersama para pelajar ADTEC Kulim. Ucapan yang diberikan oleh YB Dato' KP merupakan fakta yang sangat menarik yang boleh dikongsi bersama para pelajar. Lima aspek 'Worklife Balance' telah disentuh iaitu Kerja, Keluarga, Kawan, Kesihatan, dan Kepercayaan. Sesi 2 pula merupakan sesi pertemuan bersama warga kerja ADTEC Kulim yang terdiri dari pengurusan tertinggi, pensyarah dan kakitangan sokongan. Diantara aspek yang disentuh adalah ciri-ciri kepimpinan yang perlu ada pada setiap pemimpin sama ada pemimpin kecil atau besar. 'Role Model', 'Path Finding', 'Aligning', 'Empowerment' dan Doa adalah lima ciri yang perlu ada pada setiap individu yang bergelar Pemimpin. CTI iaitu Cepat, Tepat, Integriti dan PCI iaitu 'Performance', 'Creativity', 'In-time' adalah perkara-perkara yang juga disentuh oleh YB Dato' KP. Ucapan yang diberikan oleh YB Dato' KP merangkap sesi muhasabah diri kita sebagai penjawat awam, keikhlasan dan kasih sayang memberikan impak positif kepada semua warga kerja ADTEC Kulim. Sesi terakhir iaitu Sesi 3 adalah sesi bersemuka diantara YB Dato' KP bersama para Kontraktor Perkhidmatan dan Bekalan di ADTEC Kulim.
Menggunakan peluang terbaik di atas Lawatan Kerja YB Dato' Ketua Pengarah JTM ke ADTEC Kulim ini, Projek Inovasi SAE Racing Car ciptaan Kelab Rekacipta ADTEC Kulim yang diterajui oleh En. Junaidi telah dilancarkan oleh YB Dato' KP.
Program Lawatan Kerja ini turut diraikan bersama beberapa kejayaan yang telah diterima oleh ADTEC Kulim di pertandingan CITEC 2013 dan Laman Web ILJTM 2013 di ILP Ledang pada 24 dan 25 Februari 2013. Impak positif yang diperolehi dari Program bersama YB Dato' KP (JTM) dan KPP (PL) menjadi suntikan semangat kepada semua warga kerja ADTEC Kulim untuk lebih berjaya dan mencipta kejayaan demi kejayaan di masa akan datang dengan mengambil Tagline 'Be a Game Changer, Not an Adopter'. Terima kasih kepada semua warga kerja, para pelajar dan para kontraktor yang menjayakan Program Sehari bersama Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Yang Berbahagia Dato' Hj Romli bin Hj Hassan dan KPP(PL), Pn. Suzana.