13 Mac 2013 - Adtec Kulim telah menganjurkan Seminar Penerbitan Video Korporat dengan kerjasama Infra Minda yang ditaja oleh Zaftrad Services (m) Sdn. Bhd (www.zaftrad.com.my) . Seminar percuma ini adalah yang kali pertama diadakan di Wilayah Utara dan ianya bertujuan untuk mempromosi serta memberi penerangan tentang pentingnya video korporat kepada sesebuah organisasi dan jabatan. Seramai lebih kurang 120 orang peserta telah menghadiri seminar ini yang terdiri daripada Wilayah Utara, Shah Alam dan sekitar Kulim. Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En. Sharif Zulkepele Sharif Harun dan Prof. Dr. Merza Abbas, Pengarah Pusat Pengajaran Teknologi Multimedia USM. Sekalung tahniah diucapkan kepada Urusetia yang telah menjayakan program ini.
https://adteckulim.gov.my/2017/index.php/ms/arkib-berita-2013/20-mac-2013/87-adtec-kulim-anjur-seminar-video-korporat#sigFreeId83b2f4da37