9 - 11 Mei 2013 - ADTEC KULIM untuk kedua kalinya memperolehi anugerah GOLD MEDAL dan RUSSIAN AWARD-DIPLOMA of Association Russian House for International Scientific and Technological Cooperation di pertandingan INVENTION, INNOVATION AND TECHNOLOGY EXHIBITION 2013 (ITEX 2013), terpilih mewakili ILJTM ke pertandingan dan pameran rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013) yang telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 9 hingga 11 mei 2013 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Turut bersama mewakili pasukan ILJTM ialah 6 projek lain yang di wakili oleh pasukan inovasi ADTEC Batu Pahat, ILP Kepala Batas, ILP Mersing, ILP Kota Kinabalu,ILP Kuala Langat dan ILP Kuala Terengganu.
Kumpulan Inovasi ADTEC KULIM yang di wakili oleh En. Junaidi Bin Osman (Pensyarah), Muhamad Farid b Hassanuddin (Pelajar Elektronik Sem 2),Muhamad Aliff b Mohamad Rosdi (Pelajar Mekanikal Pembuatan sem.2), Zulkarnain b Ibrahim (Pelajar Elektronik sem.2), Muhamad Ridzuan b Abu Seman (Pelajar Telekomunikasi sem.2) mempertaruhkan satu projek rekabentuk mekanikal untuk persaingan diantara ribuan projek inovasi dari pelbagai universiti, institusi penyelidikan , institusi pembelajaran, syarikat korporat, individu, rakan IP serta negara antarabangsa yang lain bagi merebut anugerah-anugerah seperti Patron Award, Asian Invention Cup 2013, Asian Young Inventors Cup, WIPO Award, IFIA Cup, ITEX Best Invention, ITEX 2013 Best Green Invention,ITEX & AYIE 2013 Medals, Malaysia Innovative Product Award, Malaysian Young Inventor Awards, Sponsor Awards dan akhir sekali International Awards
Strategi persembahan projek inovasi oleh ADTEC Kulim telah berjaya memikat hati juri pertandingan ITEX tersebut dengan mempertaruhkan projek Environmental Friendly Compact Sink Filter System (EFCSFS) seterusnya telah di anugerahkan GOLD MEDAL AWARD dari ITEX 2013 serta di anugerahkan juga anugerah Antarabangsa iaitu RUSSIAN AWARD- DIPLOMA of Association Russian House . Ini adalah merupakan kejayaan kedua ADTEC KULIM di pertandingan tersebut pada tahun lepas. Ini membuktikan bahawa projek inovasi hasil ciptaan ADTEC Kulim mampu memperolehi pengiktirafan antarabangsa dan seterusnya membuktikan bahawa projek yang dihasilkan di ADTEC Kulim adalah berkualiti dan bersatus antarabangsa.
Tahniah kepada ADTEC KULIM kerana telah berjaya mengharumkan nama ILJTM dan ADTEC Kulim di persada pengiktirafan antarabangsa didalam aspek inovasi dan penciptaan . Harapan ADTEC Kulim akan terus maju dan menempa lebih banyak kejayaan menerusi Inovasi di tahun-tahun yang mendatang.
Sekalung Tahniah kepada Kumpulan Inovasi ADTEC Kulim yang telah mengharumkan nama Institut: