27 Mei 2013 - ADTEC Kulim telah menerima kunjungan dari Klinik Cure&Care 1Malaysia Bukit Mertajam Pulau Pinang untuk tujuan penandarasan Amalan Perlaksanaan Persekitaran Berkualiti 5S. Delegasi seramai 25 orang ini telah tiba pada jam 9.30 pagi. Aktiviti dimulakan dengan taklimat pengenalan ADTEC Kulim dan aktiviti 5S oleh penyelaras 5S, En. Mohd Zakir bin Mahmud. Kemudian, delegasi ini dipecahkan kepada dua kumpulan untuk sesi lawatan ke ruang pejabat dan bengkel. Lawatan tamat pada jam 12.30 tengah hari.
Terima kasih diucapkan kepada Klinik Cure&Care 1Malaysia Bukit Mertajam atas kesudian mengunjungi ADTEC Kulim untuk tujuan penandaarasan. Semoga dengan perkongsian ilmu ini, aktiviti 5S dapat dilaksanakan dengan jayanya di kedua-dua organisasi.