2 Julai 2013 - Satu sesi perkongsian ilmu dengan delegasi dari Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (JKKP) Negeri Perlis telah diadakan di Bilik Seminar ADTEC Kulim. Delegasi seramai tujuh orang ini telah tiba pada jam 11.00 pagi. Aktiviti dimulakan dengan tayangan video korporat ADTEC Kulim dan pembentangan amalan perlaksanaan 5S ADTEC Kulim oleh JKK Latihan 5S, Cik Syarina Sharuddin. Sesi pembentangan ini meliputi usaha ADTEC Kulim ke arah persijilan 5S oleh MPC dan pembudayaan amalan 5S di dalam organisasi.
Kemudian, sesi perkongsian ilmu ini diakhiri dengan sesi lawatan ke ruang pejabat dan bengkel. Lawatan tamat pada jam 1.00 tengah hari. Terima kasih diucapkan kepada JKKP Negeri Perlis atas kesudian mengunjungi ADTEC Kulim untuk perkongsian ilmu dan penandaarasan 5S. Semoga dengan perkongsian ilmu ini, aktiviti 5S dapat dilaksanakan dengan jayanya di kedua-dua organisasi.