PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2013

Program Yang Ditawarkan

3 Julai 2013 – Kempen Go-Green di ADTEC Kulim disemarakkan lagi dengan aktiviti kayuhan basikal sejauh 25 km menyelusuri desa di sekitar ADTEC Kulim. Program yang melibatkan 27 orang pengayuh ini adalah anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan ADTEC Kulim dengan kerjasama Unit Promosi 5S.

Objektif program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf berkenaan dengan kepentingan work life balance dan penjagaan kesihatan melalui aktiviti berbasikal. Selain itu, program ini juga menggalakkan warga ADTEC lebih mengguna basikal dan kurang menggunakan kereta dan ini secara tidak langsung akan membersihkan alam sekitar. Kayuhan menyelusuri Kg. Sg. Batu, Kg. Cerok Menanti dan Kg.Sg.Pasir ini secara tidak langsung dapat mempromosikan ADTEC Kulim dan mendekatkan hubungan dengan masyarakat sekitar.

Acara seperti ini perlu diperbanyakkan lagi pada masa akan datang kerana ia menjadi platform terbaik untuk warga ADTEC membentuk satu budaya gaya hidup sihat