PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2013

Program Yang Ditawarkan

4 Julai 2013 - Seminar Teknologi anjuran ADTEC KULIM SDC telah berlangsung pada 4 Julai 2013 bermula jam 10 pagi hingga 4.00 petang bertujuan untuk memperkenalkan beberapa teknologi terkini dalam bidang kejuruteraan dan mempromosikan ADTEC Kulim SDC.  Antara pembentang yang terlibat ialah Mr. Raymond Foad berkongsi mengenai Gas Assisted Moulding and Rapid Temperature Cycle untuk Plastic Injection Moulding.

Seterusnya ialah Mr. Warren Chew membentangkan Teknologi Q-Ray LED Light dan diikuti oleh Mr. George Chew yang berkongsi mengenai Engel Injection Machine Technology. Seminar diakhiri oleh wakil dari syarikat Kawata yang berkongsi maklumat mengenai Hungry Feeder untuk Plastic Injection Machine.

Seramai 60 orang peserta dari pelbagai agensi serta industri sekitar Kulim Hi-Tech Park hadir untuk sama-sama menambah pengetahuan dan berkongsi pengalaman dalam bidang berkaitan. Tuan Pengarah ADTEC Kulim, En. Kamaruzaman b. Hj. Md Ali telah sudi untuk merasmikan seminar tersebut.

Tahniah ADTEC Kulim!