17 Julai 2013 - Taklimat pelajar sesi 2/2013 berkenaan Konsep Outcome Based Education (OBE) telah dilaksanakan di ADTEC Kulim dengan sasaran adalah para pelajar kemasukan sesi 2/2013 seramai 104 orang. Pembentang utama di dalam sesi taklimat ini ialah Ketua Jabatan Teknologi Elektronik, En. Mohmad Hisam b. Mohd Adam. Sesi taklimat dimulakan dengan pembukaan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan Latihan), Puan Norliza bt Yaakub yang menyentuh berkenaan pengenalan, visi, misi dan objektif program dan program latihan di ADTEC Kulim sebelum majlis diteruskan dengan perkongsian pengalaman oleh Ketua Jabatan Teknologi Telekomunikasi, Puan Roshaniza bt. Md Hashim. Seterusnya, taklimat berkenaan konsep OBE diberikan oleh En. Mohmad Hisam b. Mohd Adam dengan pelbagai perkongsian ilmu dan kepakaran beliau sebagai pegawai khas ADTEC Kulim yang dilantik dalam memastikan konsep OBE menjadi satu amalan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam mematuhi garispanduan dan standard yang telah ditetapkan oleh pihak MQA. Antara perkara-perkara yang disentuh adalah berkenaan struktur organisasi dan program merangkumi PEO dan PLO, prospek kerjaya dan peluang melanjutkan pelajaran, sistem kualiti serta pencapaian dan halatuju. Proses transformasi dalam pendidikan berasaskan hasil perlu diberi penekanan iaitu dari skop Teacher Centered kepada Student Centered.
Pencapaian dalam pelaksanaan OBE dalam sesi pembelajaran dan pengajaran memerlukan komitmen yang tinggi dari semua pihak merangkumi pensyarah, pengajar dan kakitangan sokongan. OBE bukanlah terletak pada kejayaan individu semata-mata tetapi kejayaan melaksanakan konsep OBE adalah kejayaan dari semua pihak di dalam memastikan kualiti latihan yang disampaikan berada di tahap yang boleh dibanggakan.
Hari ini seharusnya lebih baik dari hari semalam.