PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2013

Program Yang Ditawarkan

04 Sept. 2013 - Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Barisan MPP Baru ADTEC KULIM 2013/2014 di hadapan Tuan Pengarah ADTEC KULIM telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah Utama ADTEC Kulim yang disaksikan oleh para pelajar ADTEC Kulim. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan Sumber) dan Kaunselor ADTEC Kulim.

Objektif utama majlis ini diadakan adalah  sebagai satu pengiktirafan kepada MPP baru dan seterusnya penyerahan watikah pelantikan sebagai simbolik penerimaan mandat daripada pihak pengurusan tertinggi ADTEC Kulim dan secara rasminya MPP baru perlu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan serta memastikan manisfesto yang telah dan akan dijanjikan dapat dilaksana dengan penuh iltizam.

Disamping itu, kesemua Mantan MPP 2012/2013 telah diberi penghormatan dan penghargaan di atas kesungguhan dan jasa mereka dalam menaikkan nama institut dan komitmen mereka membantu pihak pengurusan dalam menganjurkan program-program di ADTEC Kulim.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan MPP baru. Diharap dengan pelantikan ini, barisan MPP yang dipilih akan terus mengekalkan kecemerlangan seterusnya melonjakkan nama institut sebagai penyedia latihan kemahiran bertaraf 5 bintang.

Selamat maju jaya!