PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2013

Program Yang Ditawarkan

5 September 2013 -  ADTEC Kulim telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya dan Hari Terbuka ADTEC Kulim. Majlis tersebut telah bermula pada jam 12.00 tengahari hingga 3.00 petang. Seramai 2000 orang tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis ini yang terdiri daripada penduduk kampung, Ahli Komuniti, jemputan industri, dan warga Sekolah Menengah  Mahang  serta pelajar—pelajar ADTEC Kulim.

                 Disamping itu, tapak pameran juga telah disediakan oleh Kelab KSK ADTEC Kulim. Sebanyak 18 kiosk telah dibuka untuk syarikat atau peniaga membuka gerai jualan dan pameran dihari tersebut. Antara syarikat yang terlibat di dalam pameran/ jualan adalah dari Herbalife, Bank Simpanan Nasional, Honda , Insurans Takaful, Syarikat Perumahan, Taska ADTEC dan sebagainya.

Disamping juadah yang dihidangkan kepada para tetamu, majlis  juga telah menghidangkan persembahan bagi memeriahkan majlis. Persembahan pentas  yang terlibat adalah dari Jabatan Teknologi Telekomunikasi yang telah menyampai lagu hari Raya yang terdiri daripada pelajar semester 1, dan persembahan ke-2 telah disampaikan oleh pelajar Sem 3 dan Sem 1 dari Jabatan Tek. Elektronik yang bertajuk Salam Aidilfitri Ayah dan Bonda dan Aku Tanpa Cintamu

Tidak lupa juga persembahan dari anak – anak cilik Taska ADTEC Kulim dimana mereka mempersembahkan Tarian dari anak—anak yang berumur 2 hingga 5 tahun dan seterusnya persembahan anak– anak dari umur 4 hingga 10 tahun yang bertajuk ‘Hand body movement’.  Selepas persembahan anak—anak cilik taska, majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari Jabatan Tek. Pembuatan dan Jabatan Tek. Mekatronik.

Sebelum tamatnya majlis pada hari ini, Kelab KSK juga telah menyediakan duit raya kepada kanak-kanak. Penyerahan duit raya ini telah diberi oleh Penaung Kelab selaku Pengarah ADTEC Kulim iaitu, ENG. Kamaruzaman Bin Hj. Md. Ali. BK, MMSET , bersama– sama dengan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi KSK.