PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2013

Program Yang Ditawarkan

7 September 2013 -  Satu pertandingan Perlawanan Liga  Futsal telah diadakan pada hari Sabtu yang telah dianjurkan oleh Biro Sukan KSK ADTEC Kulim dan anjuran bersama Pejabat Belia Kulim dan Yuscom. Perlawanan ini terbuka kepada semua penduduk dan jabatan sekitar Kulim dan Mahang .

                 Seramai 27 pasukan telah menyertai perlawanan ini, antaranya adalah pasukan dari Kampung Bukit Kabu, Fuji Elektrik Sdn Bhd, Felda Sungai Dingin dan lain—lain. Perlawanan ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Penentuan kemenangan adalah secara liga dan perlawanan ini telah berlangsung di gelanggang futsal ADTEC Kulim dan gelanggang futsal Keda Dingin.

                 Johan perlawanan futsal ini telah dimenangi oleh  pasukan kampung Kabu dengan meraih wang tunai sebanyak RM 600, Medal beserta hamper. Manakala naib johan telah dimenangi oleh pasukan Buddies dengan meraih hadiah berupa wang tunai RM 300.00, Medal serta hamper, dan tempat ketiga telah dimenangi oleh pasukan JMTI yang membawa pulang wang tunai RM 150.00, medal dan hamper. Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi  KSK  ADTEC Kulim iaitu En. Junaidi Bin Osman.  Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada yang telah terlibat dengan program ini secara langsung atau tidak langsung.