PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM

Arkib Berita 2013

Program Yang Ditawarkan

06 Okt. 2013 - Bengkel Evolusi Pemudahcara Pembelajaran Profesional 'Generation Gap' telah diadakan bertempat di Bilik Seminar dan Dewan Kuliah Utama ADTEC Kulim yang dikendalikan oleh Fasilitator Ejul Lutfi dari Goldmind Evolution. Bengkel turut dihadiri oleh Tuan Pengarah, Eng. Kamaruzaman b. Hj. Md.Ali bersama para pengajar ADTEC Kulim.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah  untuk mencari kaedah bagaimana memahami proses evolusi untuk menjadi seorang Pemudahcara Pembelajaran Profesional yang cemerlang. Sektor pendidikan perlu ditambahbaik dari aspek penyampaian pembelajaran kerana generasi sekarang sangat berbeza. Pendekatan penyampaian perlu lebih kreatif dan menarik. Paling utama adalah bagaimana cara untuk mendekatkan jarak antara pengajar dan pelajar mereka.

Diantara pengisian bengkel adalah dengan melihat Apa itu Generasi di mana setiap individu atau generasi dibentuk oleh elemen 3P (Pendidikan, Persekitaran, Pengalaman), Proses Evolusi Diri di mana antara persoalan yang timbul adalah Apakah yang akan berlaku sekiranya wujud 'Generation Gap' dan sekiranya 'Gap' tesebut didekatkan, apakah impak seterusnya. Perbezaan dan Persamaan pelbagai generasi dilihat melalui 'Tip of the Iceberg' dan Diagram PIES (Physical, Intelectual, Emotional dan Spiritual).

Bagaimana untuk Bridging the Gap? Diantara pendekatan yang boleh diambil terhadap persoalan ini ialah;

  • Cipta persamaan
  • Menpraktikkan elemen 3P iaitu Penerimaan, Persetujuan dan Penghargaan
  • TRUST - Time, Respect, Unconditional, Sensitive, Touch
  • Komunikasi 2 hala (CASIC) dan kreatif - Connect, Acknowledge, Serve, Inquiry, Choice
  • VAK - Visual, Auditory, Kinesthetic
  • Mengurus konflik dengan menggunakan pilihan sama ada Avoiding, Competitive, Acconodating atau Collaborating
  • Spektrum PIES
  • Menggunakan konsep SALAM MESRA

Diakhir bengkel, peserta berupaya untuk;

  • Belajar bagaimana menjadi seorang pemudahcara pembelajaran profesional secara berkesan
  • Mengetahui cara menggunakan alat bantu mengajar dan strategi berkesan untuk melakukan penyampaian yang menarik dan berkesan
  • Merapatkan jurang antara pengajar dan pelajar melalui kaedah penyampaian yang berkesan

 

Selamat Berevolusi!