7 November 2013 - Pertandingan Rekacipta dan Inovasi ADTEC Kulim (ICC 2013) merupakan salah satu usaha dalam merealisasikan teras nilai ADTEC Kulim dalam melahirkan pelajar yang kreatif dan berinovasi. Ianya juga bertindak sebagai saluran dalam memperlihatkan potensi sebenar pelajar-pelajar ADTEC Kulim dalam aktiviti kreativiti dan inovasi disamping meningkatkan lagi kualiti pelajar untuk bersaing diperingkat yang lebih tinggi. Disamping itu ianya juga dijadikan medan pemilihan wakil-wakil untuk ke pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Pertandingan Inovasi JTM, Pertandingan Inovasi Negara, Pertandingan Teknologi dan Inovasi Antarabangsa (ITEX) dan sebagainya. ICC 2013 telah dijalankan di ADTEC Kulim pada 7 November 2013 dan penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada semua pelajar ADTEC KULIM dan pelajar sekolah di kawasan Kulim - Bandar Baharu. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh YB Norsabarina Binti Mohd Noor BCM,PJK , ADUN Bandar Baharu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Pengerusi Jawatankuasa Sains Inovasi Teknologi Maklumat,Komunikasi dan Teknologi Tinggi.
Sebanyak 35 projek telah terpilih untuk dipertandingkan untuk setiap kategori. Para pemenang adalah seperti berikut :-