PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2013

Program Yang Ditawarkan

23 November 2013 - Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) ADTEC Kulim telah menganjurkan program tahunan iaitu Family Day ADTEC Kulim bertempat di Sedim Vista yang telah dihadiri oleh ahli keluarga KSK ADTEC KULIM yang juga turut desertai oleh Tuan Pengarah ADTEC KULIM. Family Day kali ini merupakan Family Day terakhir bersama penaung kelab iaitu tuan pengarah En. Kamaruzaman Md Ali kerana beliau akan mula bertugas di ILP Kuala Lumpur bermula pada 2hb. Disember 2013.


Antara acara yang dinanti-nantikan oleh para ahli adalah acara CABUTAN BERTUAH dimana pelbagai hadiah disediakan kepada semua keluarga yang hadir. Selain hadiah utama beberapa hadiah menarik juga telah dimenangi oleh para ahli KSK yang merupakan perkakasan elektrik, Tablet PC, basikal dan sebagainya.Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk aktiviti sukaneka yang mengeratkan lagi silaturrahim kelauarga ADTEC Kulim

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli KSK yang hadir memeriahkan suasana dan tak lupa juga  kepada semua AJK KSK . Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli-ahli KSK. AJK KSK memohon maaf atas segala kekurangan ketika penganjuran. InsyaAllah tahun depan jumpa lagi di lain destinasi.