6-Feb-2014 Seramai 8 orang pegawai daripada ILP Ipoh telah melawat ke ADTEC KULIM bagi tujuan BenchMark 5S dan Go Green yang telah dijalankan di ADTEC KULIM. Sesi lawatan ini meliputi pembentangan usaha ADTEC Kulim ke arah persijilan 5S oleh MPC dan pembudayaan amalan 5S di dalam organisasi.
Kemudian, sesi lawatan ini diakhiri dengan sesi lawatan ke ruang pejabat dan bengkel. Lawatan tamat pada jam 1.00 tengah hari. Terima kasih diucapkan kepada ILP Ipoh atas kesudian mengunjungi ADTEC Kulim untuk perkongsian ilmu dan penandaarasan 5S. Semoga dengan perkongsian ilmu ini, aktiviti 5S dapat dilaksanakan dengan jayanya di kedua-dua organisasi.