PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2014

Program Yang Ditawarkan

28-29 September 2014 - Telah berlangsung "Kursus Pembangunan Item Berasaskan Pelaksanaan OBE" telah dilaksanakan sebanyak 2 siri iaitu siri 1 pada 24-25 Ogos 2014 dan siri 2 pada 28-29 September 2014. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 70 orang tenaga pengajar dan pihak pengurusan ADTEC Kulim. Kursus berlangsung di Hotel Seri Malaysia, Kulim selama tempoh 2 hari dan penceramah adalah seorang pensyarah dari UiTM Seberang Prai, Pulau Pinang yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang berkenaan.

 Kursus/bengkel ini telah memberi fokus kepada pembangunan JSU dan Item berdasarkan penetapan Course Learning Outcomes (CLO) yang dikaitkan dengan peringkat di dalam Bloom’s Taxonomy, Learning Domain C, P & A, Assessment Scheme dan beberapa perkara berkaitan pentaksiran. Sesi hands-on bagi pembinaan JSU dan Pembinaan Item Penilaian Outcomes-Based Education: Assessment (OBA) & Outcomes-Based Education: Grading (OBG) bagi setiap domain Kognitif, Psikomotor dan Afektif telah berlangsung pada hari kedua kursus diadakan. Hasil kerja setiap kumpulan telah dibentangkan mengikut domain yang telah ditetapkan. SEcara keseluruhannya program ini berjaya dilaksanaan mengikut seperti yang dirancang dan para peserta telah mendapat ilmu pengetahuan berkaitan dan akan diaplikasikan dalam proses pembangunan soalan peperiksaan nanti. Tahniah diucapkan kepada urusetia dalam menjayakan program ini.