PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM

Arkib Berita 2014

Program Yang Ditawarkan

2 November 2014 - ADTEC Kulim buat tiga tahun berturut-turut  telah layak ke peringkat akhir pertandingan Anugerah Inovasi Negara 2014 yang telah dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pertandingan selama 3 hari iaitu bermula 31 Oktober - 2 Disember 2014 telah berlangsung di PWTC. ADTEC  KULIM adalah merupakan satu-satunya wakil dari institusi ILJTM yang telah  layak ke  FINAL  Anugerah Inovasi Negara 2014 tersebut

Pasukan Inovasi ADTEC Kulim yang  diketuai oleh En.Junaidi Bin Osman (Pensyarah) dan 4 orang pelajar dari kursus Diploma Teknologi iaitu MUHAMAD FARID B HASSANUDDIN , MUHAMAD ALIFF B MOHAMAD RoSDI , MOHD RIDZUAN BIN ABU SEMAN dan muhamad fadzli bin mohamad adalah yang bertanggungjawab menganalisa dan seterusnya menghasilkan projek CLIMBING DEVICE ATTACHMENT FOR STANDARD WHEELCHAIR  dan UNIVERSAL DUST COLLECTOR & COVER FOR HANDRILL ini untuk dipertandingkan .

Projek Inovasi  kumpulan ADTEC KULIM telah terpilih sebagai FINALIS Anugerah inovasi Negara 2014  (kategori AKAR UMBI) iaitu bersama 8 projek lain yang terpilih berdasarkan saringan awal dan seterusnya final ini  dipertandingkan di majlis Anugerah Inovasi Negara 2014. Juara akan membawa pulang hadiah berjumlah RM 20,000 bagi kategori yang dipertandingkan.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Inovasi ADTEC Kulim yang telah layak ke pertandingan ini  Dengan usaha yang gigih, insyaAllah ADTEC kulim akan terus menggarap kejayaan.

 

MAKLUMAT PROJEK YANG LAYAK

TAJUK PROJEK    :        

CLIMBING DEVICE ATTACHMENT FOR STANDARD WHEELCHAIR

ABSTRAK

Komponen inovasi yang dihasikan adalah  hasil daripada pemerhatian serta cetusan idea  dilakukan hasil penganalisaan selama beberapa bulan  kebelakangan   terhadap kesusahan serta kegagalan orang-orang kelainan upaya (OKU) dalam mengendalikan kerusi roda dilaluan OKU serta dilaluan berhalangan. Kegagalan kerusi roda sediada kini menghadkan pergerakan OKU dirumah mahupun di luar  seperti pusat membeli belah.   Segala urusan menjadi terbatas dan terhad. Permasalahan pertama: paling utama ialah pengguna berkerusi roda tidak dapat menggunakan sendiri laluan OKU oleh kerana keadaan laluan tersebut yg curam mengakibatkan pengguna berkerusi roda tidak dapat mendaki dengan sendirinya akibat daripada jumlah bebanan yang di bawa serta perlu mengharungi laluan mendaki. Penggunan berkerusi roda memerlukan bantuan orang lain untuk menolak kerusi roda tersebut untuk mendaki laluan OKU tersebut. Tiada keupayaan untuk mendaki sendiri. Permasaahan kedua: Apabila melibatkan halangan seperti permukaan jalan atau laluan yang bertingkat. Berdasarkan permasalahan tersebut  tercetus idea bagi menghasilkan suatu set alatan yang dapat dipasangkan kepada kerusi roda biasa yang seterusnya dapat mengatasi kedua-dua permasalahan tersebut dapat memudahkan OKU untuk kemana-mana sahaja tanpa halangan dan tanpa perlu meminta pertolongan orang lain. Berdasarkan penemuan hasil dari ujikaji dan eksperimen yang dijalankan maka terhasilah suatu set alatan diberi nama INTELLIGENT DEVICE for STANDARD WHEELCHAIR (IDSW) yang merupakan suatu alatan yang  mempunyai beberapa komponen produk yang perlu dipasangkan kepada kerusi roda biasa , dan seterusnya dapat menghasilkan beberapa fungsi tambahan kepada kerusi roda tersebut iaitu seperti tindakan membrek dan pergerakan satu hala  semasa mendaki cerun, boleh melepasi halangan yang bertingkat. Kesemua fungsi yang terhasil ini tidak membelakangkan fungsi asal kerusi roda bahkan ianya masih dikekalkan. Kefungsiaan tambahan yang dierolehi tersebut boleh diperolehi sendiri oleh OKU yang  menggunakan kerusi roda tersebut tanpa memerlukan bantuan orang lain, ianya boleh dilakukan sendiri daripada TIDAK BOLEH KEPADA BOLEH .

KEBAIKAN

  1. Pengguna kerusi roda atau OKU boleh  mendaki sendiri dilaluan khas OKU tanpa perlu bantuan orang lain.
  2. Pengguna kerusi roda atau OKU boleh  mengatasi laluan berhalangan  tanpa bantuan orang lain.
  3. Menambahkan aspek keselamatan pada kerusi roda(Brek satu hala).
  4. Mudah untuk dihasilkan dari segi rekabentuk
  5. Kos yang rendah..
  6. Komponen yang boleh digantikan sendiri
  7. 7.      Unsur produk adalah selamat dan tidak bahaya

 

MAKLUMAT PROJEK YANG LAYAK

TAJUK PROJEK    :        

UNIVERSAL DUST COLLECTOR & COVER FOR HANDRILL

ABSTRAK

Produk inovasi yang dihasikan adalah hasil pemerhatian dan analisa berdasarkan  permasalahan dalam operasi mengerudi lubang pada dinding dan siling konkrit dan kayu. Setelah diteliti dapat disimpulkan masalah yang timbul semasa operasi mengerudi dilakukan  ialah  apabila habuk hasil proses penggerudian  akan berterbangan serta berterabur jatuh ke lantai dan ke atas individu pengguna yang seterusnya akan menyusahkan pengguna untuk membersihkan diri dan kawasan sekitar. Juga habuk yang berteraburan akan boleh menyebabkan ianya masuk ke dalam mata pengguna. Oleh itu  satu penyelesaian dirangka untuk menghasilkan satu produk baru yang dapat mengatasi segala permasalahan tersebut. Alat tersebut akan dihasilkan secara terus dipasang pada muncung mesin gerudi tangan yang akan digunakan. Alat tersebut akan bertindak memerangkap habuk didalam  penapis tersebut dan tidak membenarkan ianya berteraburan dan berterbangan. Habuk yang terhasil akan terus terkumpul didalam collector kontena tersebut dan apabila penuh maka habuk bolehlah terus dibuang . Produk ini diberi nama UNIVERSAL DUST COLLECTOR AND COVER FOR STANDARD HANDRILL yang direka khas bagi membantu memudahkan pengguna dalam proses mengerudi pada dinding dan siling .

KEBAIKAN

  1. Membantu mempercepatkan masa keseluruhan  mengerudi- masa pembersihan kawasan dan diri tidak perlu.
  2. Habuk yang yang terhasil terperangkap didalam container, mengelakan habuk dari  bersepah dan terhidu
  3. Mudah untuk dipasang
  4. Boleh digunakan pada semua jenis handrill
  5. Kos penghasilan yang murah (RM 13.00) berbanding kelebihanya.
  6. Rekaan dan konsepnya adalah 100% rekaan sendiri tanpa mana-mana rekabentuk.
  7. Mudah diceraikan bahagian-bahagiannya (disimpan ,dibersihkan,diganti)
  8. Mewujudkan masa lapang yang merehatkan kepada pengguna( tanpa tekanan).
  9. Selamat dan tidak bahaya.