PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2014

Program Yang Ditawarkan

6 Disember 2014 -KOREA INVENTOR AWARD FESTIVAL 2014 (KIAF2014) berfungsi sebagai platform yang terbaik untuk memberi ganjaran yang terbaik di dunia dari individu-individu yang terbaik, kumpulan, syarikat dan persatuan dalam pelbagai bidang dan perniagaan - pekerjaan yang relatif dan profesion yang berkaitan dengan ciptaan kreatif, inovasi, pemindahan teknologi dan sebagainya. Program ini telah menetapkan matlamat ke arah menemui orang-orang yang layak untuk diiktiraf untuk kejayaan mereka & pencapaian yang lebih tinggi, sumbangan kepada masyarakat, dan daya saing negara bagi pembangunan pelbagai industri.

ADTEC Kulim melalui JK Inovasi telah menyertai pertandingan Korea Inventor Award (KIAF2014) yang dianjurkan oleh Korea Invention news (KINEWS) yang berlangsung di Seoul Korea dengan menghantar beberapa projek inovasi ADTEC kulim untuk dipertandingkan. Salah satu projek inovasi bertajuk: Climbing Device Attachment for Standard Wheelchair (c-DAS) telah berjaya dianugerah kan Manufacturing Invention Order of Merit bagi sub kategori  Product for Handicaps .

Pasukan Inovasi ADTEC Kulim yang  diketuai oleh En.Junaidi Bin Osman (Pensyarah) dan 4 orang pelajar dari kursus Diploma Teknologi iaitu MUHAMAD FARID B HASSANUDDIN , MUHAMAD ALIFF B MOHAMAD RoSDI , MOHD RIDZUAN BIN ABU SEMAN dan MUHAMAD FADZLI BIN MOHAMAD adalah yang bertanggungjawab menganalisa dan seterusnya menghasilkan projek CLIMBING DEVICE ATTACHMENT FOR STANDARD WHEELCHAIR

Sekalung Tahiniah kepada Team Inovasi ADTEC Kulim!

 

TAJUK PROJEK    :        

CLIMBING DEVICE ATTACHMENT FOR STANDARD WHEELCHAIR

 

ABSTRAK

Komponen inovasi yang dihasikan adalah  hasil daripada pemerhatian serta cetusan idea  dilakukan hasil penganalisaan selama beberapa bulan  kebelakangan   terhadap kesusahan serta kegagalan orang-orang kelainan upaya (OKU) dalam mengendalikan kerusi roda dilaluan OKU serta dilaluan berhalangan. Kegagalan kerusi roda sediada kini menghadkan pergerakan OKU dirumah mahupun di luar  seperti pusat membeli belah.   Segala urusan menjadi terbatas dan terhad. Permasalahan pertama: paling utama ialah pengguna berkerusi roda tidak dapat menggunakan sendiri laluan OKU oleh kerana keadaan laluan tersebut yg curam mengakibatkan pengguna berkerusi roda tidak dapat mendaki dengan sendirinya akibat daripada jumlah bebanan yang di bawa serta perlu mengharungi laluan mendaki. Penggunan berkerusi roda memerlukan bantuan orang lain untuk menolak kerusi roda tersebut untuk mendaki laluan OKU tersebut. Tiada keupayaan untuk mendaki sendiri. Permasaahan kedua: Apabila melibatkan halangan seperti permukaan jalan atau laluan yang bertingkat. Berdasarkan permasalahan tersebut  tercetus idea bagi menghasilkan suatu set alatan yang dapat dipasangkan kepada kerusi roda biasa yang seterusnya dapat mengatasi kedua-dua permasalahan tersebut dapat memudahkan OKU untuk kemana-mana sahaja tanpa halangan dan tanpa perlu meminta pertolongan orang lain. Berdasarkan penemuan hasil dari ujikaji dan eksperimen yang dijalankan maka terhasilah suatu set alatan diberi nama INTELLIGENT DEVICE for STANDARD WHEELCHAIR (IDSW) yang merupakan suatu alatan yang  mempunyai beberapa komponen produk yang perlu dipasangkan kepada kerusi roda biasa , dan seterusnya dapat menghasilkan beberapa fungsi tambahan kepada kerusi roda tersebut iaitu seperti tindakan membrek dan pergerakan satu hala  semasa mendaki cerun, boleh melepasi halangan yang bertingkat. Kesemua fungsi yang terhasil ini tidak membelakangkan fungsi asal kerusi roda bahkan ianya masih dikekalkan. Kefungsiaan tambahan yang dierolehi tersebut boleh diperolehi sendiri oleh OKU yang  menggunakan kerusi roda tersebut tanpa memerlukan bantuan orang lain, ianya boleh dilakukan sendiri daripada TIDAK BOLEH KEPADA BOLEH .