PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2014

Program Yang Ditawarkan

24 Disember 2014 - ADTEC Kulim telah menganjurkan satu kursus pendek bagi pembangunan program akademik di ADTEC Kulim. Kursus ini telah diadakan di Pusat Sumber ADTEC Kulim dan dihadiri oleh semua kakitangan ADTEC Kulim yang terlibat dalam proses pengajaran. Kurus ini telah disampaikan oleh En. Adnan Bin Husain selaku panel luar jemputan.

Kursus terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian 1 pada 15-16 Disember 2014. Dimana kursus ini membincangkan berkenaan dokumen MQF, standard program dan dokumen Jaminan Kualiti Akademik termasuk COPPA/ COPIA/ Garis Panduan Amalan Baik. Manakala bahagian 2 telah diadakan pada 23-24 Disember 2014 yang telah membincangkan berkenaan proses pengauditan termasuk dokumen MQA-02, dokumen maklumbalas MQA serta Penyediaan Laporan Penilaian Kendiri (SRR).

Kursus ini bertujuan melatih peserta menjadi juru audit iaitu sebagai panel audit dalaman untuk program Diploma Teknologi Kejuruteraan yang sedang ditawarkan di ADTEC. Proses audit dalaman adalah sebahagian daripada proses jaminan kualiti akademik yang diperlukan sebelum audit sebenar oleh panel audit luaran yang dilantik oleh MQA. Panel audit dalaman yang akan dilantik di kalangan staff ADTEC sendiri perlulah memahami garis panduan yang telah ditetapkan dalam dokumen Jaminan Kualiti Akademik.

Semoga dengan adanya kursus sebegini dapat membantu ADTEC Kulim  dalam memantapkan lagi proses pengajaran dan dokumentasi bagi mengekalkan akreditasi MQA. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada peserta dan pengajur kursus ini.