PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM

Arkib Berita 2015

Program Yang Ditawarkan

15 Jan 2015 - Menerusi takwim Islam 1436H, tarikh sambutan Maulidur Rasul jatuh pada hari Sabtu 3 Januari 2015 bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1436H . Bersempena sambutan ini ADTEC Kulim telah menganjurkan satu program Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan pada 15 Januari 2015.

Sambutan ini lebih meriah lagi apabila ia dikelolakan oleh Pelajar-Pelajar Baru Sesi 1/2015. Ini merupakan salah satu tugasan dalam aktiviti MSR mereka. Sambutan ini dimulakan dengan perarakan sambil berselawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W bermula daripada Pusat Islam ADTEC Kulim dan kemudiannya disusuli dengan ceramah yang telah disampaikan oleh Murabbi PU, Dr. Ahmad Tarmizi bin Abdul Razak bertempat di DKU, ADTEC Kulim.

Program ini berakhir kira-kira jam 1petang, para jemputan telah dijemput ke Dewan Makan Asrama ADTEC Kulim untuk jamuan makan tengahari yang telah disediakan oleh pelajar baru sesi 1/2015. Tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar baru sesi 1/2015 selaku urusetia yang telah menjayakan program ini dengan baik.

Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan ini menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat.


BIODATA RASULULLAH SAW
  • Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin hashim.
  • Tarikh lahir: Subuh Isnin 12 rabiulawal/20 april 571M (dikenali sebagai tahun gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah).
  • Tempat lahir: Di rumah Abu Talib,Mekah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa: Abdullah bin Abu Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama: Barak ah Al-Habsyiyyah(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah).
  • Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-sa’diah (lebih dikenali Halimah Assa’diah.Suaminya bernama Abu Kabsyah).
  • Kewafatan Rasullullah SAW di Madinah Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiul Awal 11 Hijrah/08 Jun 632 Masihi.