5 Februari 2015 – Syarikat Shin Etsu Sdn Bhd yang beroperasi di Shah Alam telah mengadakan kunjungan hormat untuk membincangkan kerjasama yang boleh dijalankan. ShinEtsu (Malaysia) Sdn. Bhd. (SEM) telah ditubuhkan pada tahun 1988 oleh Shin Etsu Chemical Co. Ltd., Japan untuk memenuhi permintaan dunia magnet bumi. SEM khusus dalam pengeluaran Voice Coil Motors (VCMs), salah satu aplikasi adalah di magnetic heads pada hard disk drives, Syarikat turut menawarkan latihan industri serta jawatan kosong seperti berikut:
1) Pelatih ( Latihan Industri ) - 6 bulan.( Bidang Teknikal -Mekanikal, Mekatronik, Elektronik )
2) Pekerja Teknikal - Diploma ( Bidang Teknikal - Mekanikal,Mekatronik, Elektronik )
Seramai 30 orang pelajar tahun akhir daripada bahagian Mekanikal, Mekatronik, dan Elektronik telah hadir untuk mendengar taklimat tersebut. Taklimat bermula pada pukul 10.30 pagi yang disamaikan oleh En Safri Samsudin Pengurus Bahagian Sumber Manusia. Melalui taklimat selama satu jam tersebut pelajar dapat mengetahui sejarah dan latarbelakang syarikat serta tips di alam pekerjaan.
Cenderahati telah disampaikan kepada pengurus bahagian sumber syarikat Shin Etsu En. Safri. Setelah taklimat industri kepada pelajar, para pelawat diiring untuk melawat sekitar bengkel ADTEC Kulim. Lawatan daripada Shin Etsu diakhiri dengan sesi bergambar dihadapan lobi.