PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2015

Program Yang Ditawarkan

7 Mac 2015 (Sabtu): Satu Pertandingan Sepak Takraw ADTEC Kulim Bersama Komuniti 2015 telah diadakan yang dianjurkan oleh Kelab Sepak Takraw ADTEC Kulim dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC Kulim. Pertandingan ini dianjurkan dengan harapan supaya dapat mempromosi & memperkenalkan ADTEC Kulim kepada komuniti terlibat disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan peserta dan penganjur. Selain itu disasarkan supaya dapat menjadikan sepak takraw sebagai medium untuk golongan belia bersukan dan secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pelajar (MPP) dalam menganjurkan pertandingan sukan. 

        Bermula seawal 8.00 pagi di Dewan Sri Mahang, ADTEC Kulim, Kedah Darul Aman, pertandingan telah bermula dengan sesi pendaftaran pasukan. Terdapat 24 regu yang turut serta dalam pertandingan ini seperti disenaraikan berikut:

i ADTEC Kulim ix Kg Sungai Taka B xvii Bandar Selama B
ii Kg Sungai Buluh x Kg Banggol Enggok A xviii Bandar Selama C
iii Junjung xi Kg Banggol Enggok B xix Malau A
iv Kubu Gajah xii Kejai A xx Malau B
v Kg Sedim xiii Kejai B xi Malau C
vi Taman PKNK A xiv AMZ Sports A xii

Malau D

vii Taman PKNK B xv AMZ Sports B xiii Malau E
viii Kg Sungai Taka A xvi Bandar Selama A xiv Malau D 

 

Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pada pukul 7.00 petang. Senarai pemenang dan hadaih yang diperoleh seperti dibawah:

i. Johan: Kg Sungai Taka A (RM 400.00 + Medal + Sijil)

ii. Naib Johan: Malau E (RM 200.00 + Medal + Sijil)

iii. Ketiga: Malau B (RM 100.00 + Medal + Sijil)

iv. Keempat: AMZ Sports A (RM 50.00 + Sijil)