PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2015

Program Yang Ditawarkan

14 April 2015 – ADTEC Kulim dengan kerjasama Unit Transfusi Hospital Kulim telah menganjurkan kempen Program Derma Darah yang bertempat di Pusat Sumber ADTEC Kulim. Seramai 52 orang warga ADTEC telah menawarkan diri secara sukarela untuk menderma darah .Kempen ini dijalankan untuk membantu para pesakit yang memerlukan seperti mangsa kemalangan, pesakit yang menjalani pembedahan, bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning(jaundis), pesaktit thalassemia dan hemofilia dan ibu yang mengalami tumpahan darah. Di samping itu penderma juga berpeluang untuk mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan darah dan apa terjadi kepada darah yang didermakan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penderma yang budiman kerana setitis darah anda yang didermakan mampu menyelamatkan nyawa.