8 Mei 2015 - Felda Residence Hot Springs, Sungai Klah, Perak telah menerima kunjungan seramai 46 orang staf ADTEC Kulim bagi menjayakan aktiviti "Green Team Building ADTEC 2015 ". Program yang berlangsung selama 3 hari ini bermula 5 hingga 7 Mei 2015 dikonsultasikan oleh Ustaz Mohd Abd Hadi Ismail dan Cikgu Fakhrul daripada Hijrah Minda Consultant. Antara objektif perlaksanaan program ini ialah mengeratkan ukhuwah dikalangan staf daripada semua peringkat, meningkatkan kemahiran kerja berpasukan dan menyemarakkan kecintaan kepada pekerjaan - I Love My Job.