28 Mei 2015 - Seramai 121 bakal graduan ADTEC Kulim yang akan menjalani latihan industri telah diraikan dalam majlis Pra Graduan (Hi-Tea) bertempat di Kulim Golf & Country Resort. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah Latihan (TPL) En. Ahmad Nazri bin Zainol berserta Ketua-Ketua Jabatan dan 30 orang staf yang dianjurkan oleh BPPL. Majlis sambutan kepada bakal-bakal graduan iaitu pelajar di semester akhir telah menjadi tradisi ADTEC Kulim bagi meraikan kejayaan mereka setelah perit jerih bertungkus-lumus melengkapkan pengajian diploma selama hampir 3 tahun. "Ku Datang Membawa Harapan, Ku Pulang Membawa Kejayaan".