PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2015

Program Yang Ditawarkan

 

 

30 Julai 2015 - Minggu silaturahim merupakan minggu perkenalan kepada setiap pelajar baru yang mendaftar di ADTEC Kulim. Seperti semua maklum, semua ILJTM menjalankan minggu MSR bagi pelajar yang baru melalui aktiviti yang terancang dan mempunyai objektif yang tertentu. Di ADTEC Kulim, MSR dianggap satu agenda yang penting dan merupakan wadah yang sangat sesuai dalam membentuk hubungan awal yang baik antara pelajar baru dan pengurusan ADTEC Kulim. Justeru itu, setelah berlangsungnya MSR sesi 2/2015 yang lalu, ADTEC Kulim masih menerima kehadiran pelajar baru yang mula mendaftar setelah MSR sesi 2/2012 dilabuhkan. Setelah meneliti beberapa faktor, ADTEC Kulim mengambil langkah dan tanggungjawab merancang dan melaksanakan MSR bagi pelajar yang berdaftar lewat dan memastikan mereka turut mendapat faedah dari kepentingan dan objektif MSR itu sendiri. MSR khas ini telah diadakan di ADTEC Kulim yang bermula pada 30 Julai 2015  sehingga1 Ogos  2015.

Lantaran menyedari tanggungjawab yang diamanahkan, maka pihak Pengurusan ADTEC Kulim merancang mengadakan MSR siri 2 sesi 2/2015 yang mempunyai objektif tersendiri yang ingin dicapai. Program  MSR siri 2 sesi 2/20152 ini membariskan beberapa objektif utamanya iaitu melatih pelajar baru dalam berkomunikasi yang berkesan dengan pengurusan organisasi melalui saluran yang betul seterusnya menjalinkan hubungan baik antara pelajar-pelajar  baru dan juga antara mereka dengan kakitangan ADTEC Kulim. Disamping itu, MSR ini membantu pelajar-pelajar baru dalam mengenalpasti kebolehan dan potensi diri serta mengembangkan kemahiran kendiri serta melatih dan menggalakkan pelajar-pelajar ke arah sahsiah diri yang unggul dan berdisiplin dalam pembelajaran di  ADTEC Kulim disamping memberi pendedahan awal terhadap sistem pembelajaran dan suasana pembelajaran di ADTEC Kulim yang mendorong ke arah persediaan rapi dari segi mental dan fizikal pelajar-pelajar baru.

Oleh yang demikian, setelah berjalannya MSR khas ini untuk sesi 2/2015, diharapkan semua pihak mengambil manfaat darinya. Diharapkan apa yang dihasratkan oleh semua melalui MSR ini tercapai. Tahniah kepada semua yang terlibat.