30 Ogos 2015- Buat julung kalinya telah di adakan program reunion ex staff Adtec Kulim bertempat di Dewan Sri Mahang (DSM) dan Dewan Kuliah Utama (DKU ) anjuran oleh ex staff dan pihak KSK ADTEC Kulim turut memberi sedikit sumbangan bagi menjayakan program ini.
Seramai 28 orang ex staff yang telah hadir bagi memeriahkan program ini bersama ahlli keluarga masing- masing. Pelbagai aturacara di sedia kan di antaranya sukan seperti dart VIP, badminton serta sukaneka untuk kanak-kanak. Kakitangan ADTEC Kulim juga turut di jemput bersama bagi memeriahkan program ini yang dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Semoga program seperti ini berterusan agar hubungan ukhwah dapat di kekalkan. Ternyata walau di mana mereka berada tetapi ADTEC Kulim masih di hati .