PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2015

Program Yang Ditawarkan

30 September 2015- Karnival Teknologi JTM 2015 telah berlangsung di ADTEC Taiping baru baru ini telah memberi kejayaan sekali lagi kepada ADTEC Kulim. Pelbagai pertandingan yang di anjurkan di antaranya pertandingan laman web terbaik JTM, CITEC 2015, pertandingan video, robot serta NCET. Alhamdulillah ADTEC Kulim merangkul satu emas, 2 perak dan 2 gangsa bagi pertandingan CITEC 2015.Bagi kategori pensyarah di mana emas telah di perolehi projek 'Switch Smart Phone', dan dua gangsa oleh projek 'Modern Compact Washing Machine' dan projek Alat Pemantau Banjir'.Bagi kategori pelajar, dua perak telah di perolehi oleh projek 'Triangle Arrow for Anti Landslide' dan Perangkap Burung Bersensor.

ADTEC Kulim juga telah meraih naib johan bagi pertandingan laman web terbaik JTM. Bagi pertandingan NCET , En Amir Isyraki telah di nobatkan sebagi pembentang terbaik . Tahniah sekali lagi di ucapkan kepada semua peserta yang bertanding dan kami warga ADTEC Kulim akan sentiasa memberi sokongan dan semangat yang berterusan supaya kejayaan ini akan dapat di ulangi di masa hadapan. Terima kasih semua .