30 Disember 2015 - Latihan Kebakaran adalah antara langkah persediaan yang penting untuk mempersiapkan kakitangan apabila menghadapi keadaan sebenar semasa kebakaran. Jawatankuasa Keselamatan ADTEC Kulim yang mendapat kerjasama penuh Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Selama telah berjaya mengadakan satu latihan kebakaran pada 30 Disember 2015 yang lalu. Beberapa objektif untuk latihan seumpama ini seperti:
1. Pelajar/Guru/Kakitangan dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran
2. Pelajar/Guru/Kakitangan dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan kebakaran.
3. Pelajar/Guru/Kakitangan dapat mengikuti laluan untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran
Latihan Kebakaran yang dirancang pada jam 9.00 pagi telah dimulakan dengan membunyikan siren tepat jam 9:00 pagi dikuti dengan semua kakitangan keluar dari pejabat dan berhimpun di tempat berhimpun di Kawasan letak kereta ketika berlaku kebakaran. Semua kakitangan bergegas menuju ke tempat berhimpun semasa berlaku kebakaran atau kecemasan.
Selepas itu, pihak Bomba turut mengadakan demontrasi memadam api diatas air. Sememangnya bahan api yang terapung diatas air akan terus terbakar sehingga habis sekiranya bahan untuk memadam api tersebut tidak sesuai. Di sini, bahan yang sesuai ialah bahan jenis serbuk atau buih yang pastinya dapat memisahkan api dengan udara (oksigen) dan seterusnya memadamkan api tersebut. Sekiranya air digunakan, api hanya akan bertambah besar.
Beberapa orang kakitangan turut beraksi memadamkan api menggunkan alat fire extinguisher ini. Semoga apa yang dibuat semasa latihan ini akan dapat diaplikasikan sekiranya berada keadaan sebenar.
Sekali lagi... Tahniah dan terima kasih kepada warga ADTEC Kulim dan Pasukan Bomba yang telah menjalankan tugas yang cemerlang demi untuk persediaan dan keselamatan pada masa akan datang.