31 Disember 2015 - Program Hari Sihat ADTEC Kulim telah diadakan merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak pengurusan yang disasarkan iaitu warga ADTEC Kulim. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.
Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik oleh instruktor yang dijemput khas. Aktiviti disusuli dengan acara sukan seperti badminton, congkak, karom, dart dan bowling. Pada masa yang sama pihak penganjur turut menyediakan kemudahan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan dengan kerjasama pihak Klinik kesihatan Mahang.