PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2016

Program Yang Ditawarkan

 

1 Februari 2016 - ADTEC Kulim sekali lagi telah menerima kunjungan daripada Kbuilders Training and Consultancy untuk membincangkan kerjasama yang boleh dijalankan bagi tahun 2016 ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengarah En. Syed Johan bin Syed Ali, dan turut dihadiri ketua-ketua jabatan, wakil bahagian penyelenggaraan aset dan bahagian CESS. Mesyuarat dimulakan dengan sesi pengenalan dari kedua-dua belah pihak. Pihak KBuilders telah membentangkan kertas cadangan program latihan yang boleh dikolaborasikan bersama yang menyasarkan pelajar ADTEC dan pihak Industri. Di akhir mesyuarat, semua wakil ADTEC menyambut baik usaha pelaksanaan kerjasama program yang bakal memberi manfaat kepada pihak terlibat.