3 Februari 2016 - Satu Mesyuarat Kerjasama ADTEC Kulim bersama KISMEC telah diadakan bertujuan untuk membincangkan perlaksanaan program transformasi belia Kedah (Fiber Optic Installer). Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengarah En. Syed Johan bin Syed Ali, dan turut dihadiri ketua jabatan Elektronik, ketua bahagian Telekomunikasi dan bahagian CESS. Mesyuarat dimulakan dengan sesi pengenalan dari kedua-dua belah pihak. Pihak KISMEC telah membentangkan kertas cadangan program latihan yang boleh dikolaborasikan bersama yang menyasarkan pelajar lepasan SPM dan graduan menganggur. Di akhir mesyuarat, semua wakil ADTEC menyambut baik usaha pelaksanaan kerjasama program yang bakal memberi manfaat kepada pihak terlibat.