22 Feb 2016 - Satu Seminar Pendidikan & Latihan Teknik Vokasional (TVET) ILJTM Wilayah Utara 2016 (JTMI, ADTEC Kulim, ADTEC Taiping, ILP Ipoh, ILP AP, Nibong Tebal, ILP Perai, ILP Kepala Batas, ILP Jitra & ILP Kangar) telah diadakan bertempat di PPD Kota Setar, Alor Setar, Kedah anjuran ILJTM Wilayah Utara dengan kerjasama JPK dan PPD Kota Setar. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa latihan kemahiran salah satu agenda utama negara terhadap pembangunan negara melalui visi dan misi negara iaitu Wawasan 2020 di mana pada tahun tersebut negara mencapai taraf negara maju. Merujuk kepada negara-negara maju yang lain seperti Austria, Jerman, Perancis, Australia, Jepun dan lain-lain, memperlihatkan penceburan pelajar-pelajar mereka dalam bidang teknik dan vokasional adalah tinggi. Mereka meletakkan bidang teknik dan vokasional adalah sama taraf dengan bidang akademik, namun sebaliknya berlaku di Malaysia.