10 Mac 2016 - Perhimpunan bulanan bagi bulan Mac telah diadakan yang dianjurkan oleh Bahagian Kawalan Kualiti Latihan. Majlis telah berlangsung di bilik seminar ADTEC Kulim dan telah dihadiri oleh semua kakitangan ADTEC Kulim. Agenda dimulai dengan bacaan Doa dan seterusnya nyayian lagu Negaraku. Majlis diteruskan dengan amanat dan perkongsian illmu oleh Tuan Pengarah ADTEC Kulim iaitu En. Syed Johan bin Syed Ali mengenai pencapaian dan sasaran bagi ADTEC Kulim.