15 Mac 2016 – Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke-15, Kelab Sukan Dan Kebajikan (KSK) ADTEC Kulim telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah Utama, ADTEC Kulim. Mesyuarat yang bermula pada jam 10.00 pagi. Mesyuarat agong ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi KSK , Pn Khairiah binti . Mesyuarat diteruskan lagi dengan ucapan dari penaung KSK iaitu tuan pengarah ADTEC Kulim, En. Syed Johan bin Syed Ali dan sekaligus menyempurnakan perasmian mesyuarat agong kali ke-15. Agenda yang seterusnya adalah pembentangan minit mesyuarat agong kali ke-15 bagi setiap Jawatankuasa dan penyata kewangan. Mesyuarat diteruskan lagi dengan perbahasan usul. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.20 tgh dan semua ahli KSK dijemput untuk jamuan makan tengah hari selera kampung. AJK KSK mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang sudi meluangkan masa untuk menghadirkan diri pada mesyuarat agung kali ini.