28 April 2016 - ADTEC Kulim dibawah anjuran bahagian Mekanikal telah mengadakan satu Forum Persediaan Pelajar ke Industri SIRI 1/2016 kepada pelajar semester akhir. Para penceramah jemputan adalah daripada Syarikat Toyo memory, Inokom, dan INTEL. Program ini adalah bertujuan supaya pelajar dapat gambaran sebenar di industri supaya dapat membuat persediaan yang secukupnya. Pelajar juga perlu diberi pendedahan mengenai kepentingan berdisiplin mengikut peraturan syarikat supaya tidak menimbulkan masalah kepada industri dan juga pihak insitut. Di akhir sesi forum para penceramah diberi cenderahati tanda terima kasih atas perkongsian yang diberikan.