30 & 31 Mei 2016 - Kursus Pembangunan Laman Web Joomla 3.x telah dijalankan di Makmal Komputer, ADTEC Kulim. Kursus ini mengajar peserta mengenai cara membangunkan laman web tersebut berfungsi sebagai sebuah portal CMS yang mengandungi berbagai fungsi seperti pendaftaran ahli, video, pelbagai artikel, memuat turun dokumen, borang dan sebagainya. Peserta amat teruja apabila diberi peluang menyertai kursus begini dan berharap agar ia dapat diteruskan lagi bagi mededahkan peserta di sini mendapat sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada mereka.