Kulim - 20 Julai (Rabu) Bertempat di UNIKL-MSI Kulim, satu lawatan perbincangan kerjasama ADTEC Kulim dan UniKL MSI telah diadakan untuk meningkatkan lagi kualiti keluaran dan tenaga pengajar institut. Lawatan ini telah diketuai oleh Tuan Pengarah ADTEC Kulim sendiri dan bersama beberapa pegawai daripada ADTEC Kulim yang terdiri daripada Timbalan Pengarah (Latihan), Ketua Jabatan, Bahagian dan pegawai-pegawai yang lain.