1 Januari 2017, Ahad- Seramai 39 orang pelajar baru ADTEC Kulim telah mendaftar dengan jayanya pada hari ini yang telah berlangsung bermula jam 8.30 pagi hingga jam 1.30 petang bertempat di Pusat Sumber dan Multimedia, ADTEC Kulim. Sesi taklimat kepada ibu/bapa, penjaga dan waris telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah Utama. Sesi Minggu Silaturrahim kali ini bertemakan teknologi yang menggunakan aplikasi seperti internet, media sosial dan microsoft office dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Bersamaan dengan tahun baru 2017 ini, diharapkan para pelajar dapat menanam azam untuk berjaya.